Sunday, August 30, 2009

Thursday, August 27, 2009

SALAM TAKZIAH


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Perpaduan,

Dukacita dimaklumkan bahawa YB. Prof. Senator Datuk Dr. Ismail Salleh ,bekas Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, UKM telah kembali ke Rahmatullah pada jam 3.50 pagi, 27 Ogos 2009. Jenazah masih berada di Singapura dan akan sampai ke rumahnya pada petang ini di Lot 7140, Jalan Melati 2, Sg Kantan, Kajang.

Allahyarham merupakan wakil OKU yang pertama dilantik sebagai Senator pada Disember 2007. Allahyarham juga memegang jawatan sebagai Naib Canselor Kolej Universiti Antarabangsa Twintech dan ahli Jawatankuasa Badan Bertindak Kebangsaan, Jabatan Perdana Menteri.

Selain itu, tokoh akademik dan ekonomi ini mencipta rekod di dalam Guinness Books of Worlds Records sebagai insan cacat penglihatan yang pertama di dunia untuk mendapat ijazah doktor falsafah.. Sesungguhnya negara kehilangan seorang tokoh yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara.

Bersama-samalah kita menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

Wednesday, August 19, 2009

Monday, August 10, 2009

Salam Takziah

Bismillah,
Assalamualaikum w.t.w,

Salam takziah diucapkan kepada sahabat kita, iaitu Saudari Shafila Ramlee FEP/3 yang telah terlibat dengan kemalangan motosikal di Pusanika pada hari Jumaat yang lepas. Beliau telah dimasukkan ke PPUKM. Kemalangan ini telah menyebabkan kaki beliau patah dan limpa terpaksa di buang.

Bersama-samalah kita mendoakan agar Saudari Shafila dapat sembuh dan memulakan pengajian seperti biasa.

Tinta Hati Admin : “Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang malampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, August 05, 2009

LAWATAN ZIARAH

Bismillah....
Assalamualaikum W.t.W

Pada 5 Ogos 2009 bersamaan 14 Shaaban 1430, Saudari Suriani Bt Ding telah melawat 3 orang sahabat kita yang sedang sakit di PPUKM dan seorang lagi di Hospital Kuala Lumpur.Lawatan yang bermula pada pukul 11.00 pagi ini, telah di mulai dengan melawat Saudara John Liew dari kolej Keris Mas, yang patah tangan kanan akibat daripada kemalangan basikal. Beliau yang dimasukkan ke PPUKM semalam telah segera menjalani pembedahan dengan memasukkan besi di tangan dan kini di tempatkan di Wad Trauma 4G. Turut sama di tempatkan di wad ini adalah Saudara Muhd Salahuddin Abu Kassim Junaidi FSKB/3 yang kemalangan semasa dalam perjalanan untuk praktikal di PPUKM 3 hari lepas. Beliau telah mengalami kecederaan di jari tangan kiri.

Selapas itu, saudari Suriani bersama Pn Ruslinah dari UKP telah melawat Saudari Norizan Mohamed FSSK/4 di wad 6G. Penyakit beliau belum lagi dapat dipastikan, dan masih menunggu hasil laporan darah yang akan di hantar ke Australia dalam masa yang terdekat ini.

Selepas meluangkan masa selama hampir sejam bersama Norizan, Saudari Suriani telah bergerak menuju ke Hospital Kuala Lumpur untuk melawat Saudari Siti Noraini Abidin FPI/3. Ini juga merupakan lawatan kedua Saudari Suriani, yang mana lawatan pertama adalah pada semester lepas. Difahamkan Saudari Noraini telah menerima 3 pek darah, dan rawatan lanjut masih lagi lakukan oleh doktor.

Marilah kita bersama-sama mendoakan akan kesejahteraan dan kesihatan yang baik kepada sahabat-sahabat kita. Semoga mereka sentiasa sabar dan tabah dalam mengahadapi dugaan ini. Insyaallah...


Tinta hati admin : Musibah itu hanya satu bala, tetapi jika orangnya mengeluh akan menjadi dua bala. Yang satu adalah bala musibah dan yang keduanya hilangnya pahala musibah itu. Abdullah Bin Almubarak

Wednesday, July 22, 2009

Dialog TNC HEPA bersama mahasiswa istimewa UKM

Assalamualaikum w.t.w dan Salam Sejahtera,

Sekretariat Naib Presiden 3 akan mengadakan satu sesi dialog TNC HEPA bersama mahasiswa istimewa UKM. Ketetapannya adalah seperti berikut :

Tarikh : 12 OGOS 2009
Masa : 8.30 Pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat : Dewan Bankuasi, Kolej Keris Mas UKM


Sesi dialog ini merupakan salah satu inisiatif daripada pihak sekretariat, untuk memastikan kebajikan mahasiswa/i OKU di UKM sentiasa terjamin.Diharapkan melalui dialog ini, nasib mahasiswa/i ini akan terbela yang selama ini telah diabaikan oleh pihak-pihak tertentu.

Mudah-mudahan sesi dialog ini akan berjalan dnegan lancar dan berjaya mencapai objektifnya. Insyaallah.

Tinta Hati Admin : Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan
rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.
Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati,
melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

Tuesday, July 21, 2009

Program Selangkah Ke Menara Gading ( SEMEGA 09)

Assalamualaikum w.t.w dan Salam Sejahtera,

Pihak Sekretariat Naib Presiden 3, akan menganjurkan program Selangkah Ke Menara Gading ( SEMEGA 09)pada :

Tarikh : 7 - 9 Ogos 2009
Tempat : Sekitar UKM
Penyertaan : 300 orang pelajar-pelajar tingkatan 6 seluruh Malaysia

Program ini bertujuan untuk memberi motivasi kepada para peserta agar melanjutkan pengajian mereka sehingga ke menara gading dan menjadikan UKM sebagai universiti pilihan mereka. Program ini juga merupakan salah satu inisiatif untuk membantu masyarakat, khususnya dalam sama-sama membantu melahirkan generasi yang berilmu. Mudah-mudahan program ini akan mencapai objektifnya, sekaligus dapat memberi manfaat kepada semua pihak yg terlibat...

" Seiringan Memimpin Penyatuan Ilmu dan Sahsiah Diri"

Tinta hati admin : "Ilmu itu lebih baik dari harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum ( hakim ) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan." Saidina Ali Bin Abi Thalib