Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Jadi Saudari Nurulain binti Ahmad yg ke-22



6 September, merupakan hari lahir seorang sahabat kita iaitu Nurulain Ahmad.
Sahabat-sahabat SUK mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada ain yang dikasihi kita semua.
Semoge dipanjangkan umor dan dimurahkan rezeki setiap masa.
Terima kasih atas jasa-jasa ain dalam famili SUK dan berharap persahabatan kita kekal sepanjang hayat.
SAYANG AIN!!!!

Ikhlas dari kak sue, abe kumar, juju, cik kiah, zai, deeha, qilah, hanim, achik dan K.R

Tuesday, September 01, 2009

Salam Terakhir Dari Pihak Suk

Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera,

Tanpa disedari waktu memang pantas mendahului kita semua…

Dalam jangka masa ini, Saudari Suriani diamanahkan dengan tanggungjawab sebagai Naib Presiden 3, PMUKM. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau,adakalanya beliau disokong dan adakala sebaliknya. Namun, itulah norma realiti kehidupan yang harus dihadapi oleh Naib Presiden 3 kita.

Pada awal pembabitan beliau dalam gelanggang politik kampus, pernah pihak SUK mengingatkan ; Menjadi seorang pemimpin bererti kena banyak berkorban. Berkorban masa tidur, makan, masa, wang ringgit, ketenangan dan kegembiraan. Namun bagi Saudari Suriani, ini adalah satu peluang untuk beliau menyumbang sesuatu kepada komuniti mahasiswa/i . Memegang tanggunjawab yang mahasiswa dan pihak universiti amanahkan bukan sesuatu yang mudah. Namun, semuanya terletak di bahu individu itu sendiri.

Tugas beliau dibantu oleh kami, pihak SUK yang sentiasa membantu mencambahkan idea dan memberikan sokongan 100% dalam apa jua projek yang beliau jalankan. Perkembangan dan aktiviti Naib Presiden 3 kita, boleh diikuti melalui laman blog SUK ini. Kami berharap segala tulisan dan tinta daripada SUK Suriani berinformasi untuk dijadikan panduan kepada semua pihak. Jutaan kemaafan dipohon sekiranya ada mengguris hati sesiapa. Kini, telah tiba masanya untuk Saudari Suriani mengundurkan diri daripada UKM, khususnya PMUKM. Sesungguhnya masa yang diperuntukkan kepada beliau sebagai MPP sangat singkat dan masih terlalu banyak lagi perkara yang tidak dapat beliau lakukan. Beliau telahpun berjaya menggenggam segulung ijazah pada 18 Ogos yang lepas, dan sekiranya diizinkan Tuhan, beliau bakal menyambung Ijazah sarjana di Universiti Malaya. Insyaalah.

Sempena hari-hari terakhir beliau di UKM, pejabat SUK mengalukan-alukan sebarang nasihat, komen dan teguran untuk Saudari Suriani di laman blog SUK ini. Hal ini kerana, selepas 5 September, blog ini akan di ’private’kan.

Terima kasih untuk segalanya…

Sunday, August 30, 2009

Thursday, August 27, 2009

SALAM TAKZIAH


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Perpaduan,

Dukacita dimaklumkan bahawa YB. Prof. Senator Datuk Dr. Ismail Salleh ,bekas Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, UKM telah kembali ke Rahmatullah pada jam 3.50 pagi, 27 Ogos 2009. Jenazah masih berada di Singapura dan akan sampai ke rumahnya pada petang ini di Lot 7140, Jalan Melati 2, Sg Kantan, Kajang.

Allahyarham merupakan wakil OKU yang pertama dilantik sebagai Senator pada Disember 2007. Allahyarham juga memegang jawatan sebagai Naib Canselor Kolej Universiti Antarabangsa Twintech dan ahli Jawatankuasa Badan Bertindak Kebangsaan, Jabatan Perdana Menteri.

Selain itu, tokoh akademik dan ekonomi ini mencipta rekod di dalam Guinness Books of Worlds Records sebagai insan cacat penglihatan yang pertama di dunia untuk mendapat ijazah doktor falsafah.. Sesungguhnya negara kehilangan seorang tokoh yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara.

Bersama-samalah kita menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

Wednesday, August 19, 2009

Monday, August 10, 2009

Salam Takziah

Bismillah,
Assalamualaikum w.t.w,

Salam takziah diucapkan kepada sahabat kita, iaitu Saudari Shafila Ramlee FEP/3 yang telah terlibat dengan kemalangan motosikal di Pusanika pada hari Jumaat yang lepas. Beliau telah dimasukkan ke PPUKM. Kemalangan ini telah menyebabkan kaki beliau patah dan limpa terpaksa di buang.

Bersama-samalah kita mendoakan agar Saudari Shafila dapat sembuh dan memulakan pengajian seperti biasa.

Tinta Hati Admin : “Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang malampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, August 05, 2009

LAWATAN ZIARAH

Bismillah....
Assalamualaikum W.t.W

Pada 5 Ogos 2009 bersamaan 14 Shaaban 1430, Saudari Suriani Bt Ding telah melawat 3 orang sahabat kita yang sedang sakit di PPUKM dan seorang lagi di Hospital Kuala Lumpur.Lawatan yang bermula pada pukul 11.00 pagi ini, telah di mulai dengan melawat Saudara John Liew dari kolej Keris Mas, yang patah tangan kanan akibat daripada kemalangan basikal. Beliau yang dimasukkan ke PPUKM semalam telah segera menjalani pembedahan dengan memasukkan besi di tangan dan kini di tempatkan di Wad Trauma 4G. Turut sama di tempatkan di wad ini adalah Saudara Muhd Salahuddin Abu Kassim Junaidi FSKB/3 yang kemalangan semasa dalam perjalanan untuk praktikal di PPUKM 3 hari lepas. Beliau telah mengalami kecederaan di jari tangan kiri.

Selapas itu, saudari Suriani bersama Pn Ruslinah dari UKP telah melawat Saudari Norizan Mohamed FSSK/4 di wad 6G. Penyakit beliau belum lagi dapat dipastikan, dan masih menunggu hasil laporan darah yang akan di hantar ke Australia dalam masa yang terdekat ini.

Selepas meluangkan masa selama hampir sejam bersama Norizan, Saudari Suriani telah bergerak menuju ke Hospital Kuala Lumpur untuk melawat Saudari Siti Noraini Abidin FPI/3. Ini juga merupakan lawatan kedua Saudari Suriani, yang mana lawatan pertama adalah pada semester lepas. Difahamkan Saudari Noraini telah menerima 3 pek darah, dan rawatan lanjut masih lagi lakukan oleh doktor.

Marilah kita bersama-sama mendoakan akan kesejahteraan dan kesihatan yang baik kepada sahabat-sahabat kita. Semoga mereka sentiasa sabar dan tabah dalam mengahadapi dugaan ini. Insyaallah...


Tinta hati admin : Musibah itu hanya satu bala, tetapi jika orangnya mengeluh akan menjadi dua bala. Yang satu adalah bala musibah dan yang keduanya hilangnya pahala musibah itu. Abdullah Bin Almubarak