Sunday, July 11, 2010

Sanah Helwah Saudari Juliana Haji Abdollah

Hari ini, 11 Julai merupakan tarikh lahir seorang sahabat kita iaitu saudari Juliana Haji Abdollah atau lebih mesra dikenali sebagai jue jue. Pejabat famili sepanjang hayat ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-22 kepada sahabat kita yang tersayang ini. Kami mendoakan agar beliau panjang umor dan dimurahkan rezeki setiap masa..

Jue jue merupakan seorang yang 'happy go lucky' dalam kumpulan bff kita dan disenangi semua orang..lantaran tidak heranlah jika beliau hanya mempunyai kawan sahaja dan tidak mempunyai musuh. Jue jue diberi gelaran 'Jue Jue The Cool Gurl' kerana mampu 'masuk' dengan semua orang.

Pejabat famili sepanjang hayat ingin mengucapkan selamat mahu jaya kepada beliau dalam menempuh alam pekerjaan kelak. Tahniah diucapkan kepada beliau dan Saudari Nurul Ain yang akan berkonvo pada 08.08.10 ini..Syukran jazilan diucapkan kepada Jue Jue kerana setia bersama famili sepanjang hayat selama ini dan tidak dilupakan jasa-jasa beliau yang sudi meminjamkan kereta beliau untuk pelbagai urusan sahabat-sahabat sekalian. Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas jasa anda itu. Semoga ukhwah ini berkekalan selamenye..BFF 4 Ever..(^_^)

SAYANG JUE JUE!!!!!!!

Ikhlas dr Abe Kumar, K.Sue, K.Ain, Acik, Kerul, Deeha, Zai, Che Kiah, Anim dan Qiqi..

Friday, June 11, 2010

Selamat Hari Lahir Saudari Siti Naqiah Binti Ajman

Hari Lahir seorang sahabat kita jatuh pada 12 Jun ini dan beliau adalah Siti Naqiah Ajman atau lebih popular dikenali sebagai che kiah dalam kumpulan kita. Pejabat Famili Sepanjang Hayat mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-22 untuk sahabat kita yang tersayang. Kami mendoakan agar beliau dipanjangkan umor dan dimurahkan rezeki.

Saudari Naqiah merupakan seorang sahabat yang cukup disenangi semua orang dalam famili kita. Walaupun dari segi luaran beliau kadangkala kelihatan garang, namun sahabat yang rapat beliau tahu sebenarnya che kiah ini seorang yang cukup sporting dan pandai berkaroake..uhuhu.. Lantaran tidak heranlah jika Che Kiah ini digelar The Stern Beauty..

Pejabat famili mengucapkan selamat maju jaya kepada sahabat tersayang kita ini. Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Che Kiah kerana menjadi seorang teman setia tatkala dalam keadaan susah senang bersama famili kita..Semoge ukhwah yang terjalin ini kekal sepanjang hayat...klu dah kahwin jangan lupe jemput ye..hihi.

SAYANG CHE KIAH!!!!!!!!!

Ikhlas dr Abe Kumar, Kak Sue, Kak Ain, Qiqi, Zai, Hanim, Juju, Deeha, Acik dan Kerul..

Wednesday, April 28, 2010

Birthday

Selamat Hari Lahir untuk Cik Hanim.. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..

Monday, April 26, 2010

Selamat Hari Lahir Saudari Hanim Nur Dalilah Yahaya

Pada 27 April 1988, lahir seorang sahabat tersayang kita iaitu Hanim Nur Dalilah Binti Yahaya atau lebih mesra dikenali dengan nama anim di dunia ini . Barisan famili sepanjang hayat mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke -22 kepada sahabat tersayang kita dan mendoakan agar beliau dipanjangkan umor dan dimurahkan rezeki setiap masa.

Anim merupakan seorang yang sangat kreatif dalam menggunakan perisian komputer dan juga aspek hiasan. Selain itu, anim juga merupakan seorang yang cukup 'colourful' dan penyayang dalam kalangan sahabat kita dan ini menjadi asset dalam persahabatan kita. Tidak dilupakan anim merupakan seorang pencinta haiwan yang berdedikasi. Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada anim kerana setia bersama barisan sahabat famili kita..Semoge ukhwah yang terjalin ini kekal selagi hayat dikandung badan kita semua..Gelaran yang diberi kepada beliau : Hanim The Evergreen Princess..

SAYANG ANIM!!!!!

Ikhlas dari Abe Kumar, Kak Sue, Kak Ain, Juju, Deeha, K.R, Achik, Qiqi, Zai dan Che Kiah..

Friday, April 09, 2010

Semoge Maju Jaya untuk Peperiksaan Akhir..


Semoga sahabat-sahabat famili sepanjang hayat memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kali ini...Kejayaan anda kejayaan semua...Selamat Maju Jaya...

Thursday, February 25, 2010