Wednesday, June 24, 2009

SALAM TAKZIAH


Sumber berita : http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090624064908/Article/index_html


Bismillah...
Assalamualaikum w.t.w


Takziah di ucapkan kepada keluarga Wan Siti Farihan Mohamed Hassan, yang telah kembali kerahmatullah pada 23 Jun 2009. Allahyarhamah merupakan pelajar Sarjana Sains Kimia, ditemui meninggal dunia di Kolej Pendeta Za'ba. Punca sebenar perkara ini berlaku masih dalam siasatan polis.

Jenazah Allahyarhamah akan dibawa pulang ke Padang Bongor, Pengkalan Chepa, Kelantan, untuk dikebumikan. Semoha roh Allahyarhamah di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al -Fatihah..

Tinta Admin :Firman Allah Taala dalam Surah Thaaha ayat 55:

“Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan menggembalikan kamu dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi”.

Wallahualam..."sesungguhnya kematian itu adalah pasti"

Wednesday, June 10, 2009

SALAM TAKZIAH

Assalamualaikum w.t.w dan salam perpaduan,

Pada 8 Jun 2009 ( Isnin ) bersamaan 15 Jamadil Akhir 1430, Ayahanda kepada sahabat kita, Saudari Zaidah Binti Manan, pelajar tahun 2 FEP telah kembali ke rahmatullah. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Tandang.

Para SUK telah menziarahi rumah Saudari Zaidah pada hari tersebut. Saudari Zaidah merupakan sahabat kepada Saudari Suriani dan juga semua SUK beliau.

Bersama-samalah kita sedekahkan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah

Renungan Bersama : Kematian adalah suatu perkara yang pasti akan menimpa setiap manusia (Ali Imran:185, al-Anbiya’:35, al-‘Ankabut:57). Tiada makhluk di alam ini yang akan kekal melainkan Allah s.w.t. yang maha hidup dan kekal (al-Baqarah: 255, Ali Imran:2, Taha: 111, al-Qasas: 88, al-Rahman: 26-27).Oleh itu, setiap makhluk yang bernyawa perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi saat yang pasti tiba ini (al-Hijr:99).

Friday, April 24, 2009

LAWATAN KE PUSAT LATIHAN PERINDUSTRIAN DAN PEMULIHAN ( PLPP) BANGI



Assalamualaikum w.t.w dan salam sejahtera,

Pada 23 April 2009 ( Khamis ) bersamaan 27 RabiulAkhir 1430, telah diadakan lawatan ke Pusat Perindustrian dan Pemulihan ( PLPP ) Bangi. Kawasan seluas 10.508 hektar ini merupakan pusat latihan kepada golongan OKU yang cacat anggota. Dibina pada tahun 1982 dan dirasmikan pada 26 Julai 2006, oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, kini telah menempatkan seramai 75 orang OKU. Lawatan ini telah disertai oleh Saudari Suriani bersama setiausaha beliau, serta wakil-wakil ketua jabatan seperti wakil dari Unit Kebajikan, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, Unit Perumahan dan Jabatan Pembangunan Prasarana.

Objektif utama lawatan ini adalah untuk melihat kemudahan dan fasiliti yang terdapat di PLPP ini. Kita semua sedia maklum, bahawa kemudahan dan fasiliti untuk golongan OKU di UKM berada di tahap yang sangat tidak memuaskan. Hal ini juga merupakan antara salah satu manifesto Saudari Suriani, iaitu berusaha agar disediakan kemudahan dan fasiliti untuk golongan OKU.

Lawatan yang bermula pada pukul 9.00 pagi ini, berakhir pada pukul 1.00 petang. Menurut Saudari Suriani, lawatan ini telah banyak membuka mata dan minda semua pihak yang hadir pada lawatan tersebut. Sebagai MPP, Saudari Suriani akan berusaha untuk memperjuangkan hak OKU di UKM. Golongan ini perlu disediakan kemudahan asas di mana jua mereka berada. Dan jangan sesekali kita menafikan hak golongan OKU!.

Pusat yang mempunyai kemudahan dan fasiliti terbaik di Malaysia ini, wajar dijadikan role-model kepada UKM, untuk memastikan kampus yang tercinta ini sama-sama membantu sahabat-sahabat kita ini. Saudari Suriani pada ketika ini telahpun mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak berkenaan di UKM, dalam memastikan usaha ini dapat dicapai.Bersama-samalah kita mendoakan agar usaha ini akan membuahkan hasilnya, demi membantu sahabat-sahabat kita yang kurang bernasib baik ini. Berikut disertakan gambar kemudahan dan fasiliti di PLPP untuk tatapan umum.


Alat ini digunakan untuk membantu mereka yang berkerusi roda, naik ke tingkat atas atau turun ke tingkat bawah. ( bertangga ).
p/s :Pusanika boleh mengaplikasikan alat ini.


En. Mustafa juga sempat untuk menguji alat ini, yang ternyata kukuh dan selamat.



Alat ini turut mempunyai kerusi, untuk memudahkan pengunanya duduk.




Tandas yang mesra OKU




Bas yang menggunakan kuasa Hidraulik ini, memudahkan golongan OKU yang berkerusi roda untuk menaiki ke bas.

p/s : UUM pun telah menyediakan van berkuasa Hidraulik untuk memudahkan pelajar-pelajar OKUnya menaiki bas. UKM bila lagi????
Ayuh!!!!kita bangkit menyuarakan hak kita.
Tidak ada alasan, sekiranya kita menginginkan sesuatu.
Berusahalah dalam mencapainya.


tinta hati admin : "Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal". Saidina Ali Bin Abi Thalib

Tuesday, April 21, 2009

Ucapan Takziah kepada ahli Keluarga Dato' Naib Cancelor UKM

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Perpaduan.

Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarham Syed Abdul Malek Syed Hasan Shahabudin, kekanda kepada YBhg. Dato' Naib Canselor, telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini, 21 April 2009(Selasa).

Jenazah akan dibawa ke Masjid Kampung Baru untuk disembahyangkan sebelum disemadikan di Ampang.

Bersama-samalah kita menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah .

Tuesday, April 14, 2009

Solat Hajat & Bacaan Yasin

Assalamualaikum w.t.w dan Salam Perpaduan.

Dimaklumkan bahawa Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia ( PMUKM ) akan mengadakan solat hajat kepada semua mahasiswa/i UKM yang bakal menghadapi peperiksaan akhir semester kelak. Ketetapan solat hajat adalah seperti berikut :

Tarikh : 16 April 2009
Masa : 7.00 petang hingga 10.00 malam
Tempat : Masjid UKM

Antara pengisian lain adalah bacaan yasin dan Program Bicara Ummah " Mahasiswa dan Konsep AL-Falah " yang akan disampaikan oleh Prof. Madya Ajmain Safar ( pensyarah UTM ).

Semua warga UKM dijemput hadir.

Karnival Komuniti Lestari UKM 09

Dimaklumkan bahawa Sukmanita UKM dengan kerjasama NCWO, Lestari UKM, Alam Flora dan PMUKM, akan mengadakan Karnival Komuniti Lestari UKM 09 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 17 April 2009
Masa : 9.00 Pagi hingga 5.00 Petang
Tempat : Panggung Seni, UKM

Antara aktiviti yang akan dijalankan seperti Demonstrasi, Drop Off barangan terpakai, Jumble Sale, ceramah, pameran dan sebagainya.

Semua warga UKM di jemput hadir.

Monday, April 13, 2009

Majlis Syarahan Naib Cancelor UKM

Dimaklumkan bahawa Majlis Syarahan Naib Canselor UKM, YBhg. Prof. Dato' Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin yang bertajuk "Membina Momentum Menatar Keunggulan; Ekosistem Ilmu UKM Sebagai Wahana" akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 17 April (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : DECTAR, UKM

Pakaian :
Rasmi

Semua warga UKM dijemput hadir. Jamuan disediakan.