Saturday, March 21, 2009

Pengedaran Kad Masuk Peperiksaan dan Jadual Waktu Peperiksaan (KMJP) Semester II Sesi Akademik 2008-2009"[

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

PENGEDARAN KAD MASUK PEPERIKSAAN DAN JADUAL WAKTU
PEPERIKSAAN (KMJP) SEMESTER II SESI AKADEMIK 2008-2009

Perhatian kepada semua pelajar-pelajar UKM yang bakal menduduki peperiksaan akhir Semester II Sesi Akademik 2008-2009 akan bermula pada 20 April hingga 8 Mei 2009 ini.
Anda diminta mengambil Kad Masuk Peperiksaan dan Jadual Peperiksaan (KMJP) di Pejabat Dekan Fakulti masing-masing mulai 23 Mac 2009. Sekiranya KMJP anda tiada di Pejabat Dekan Fakulti, sila datang ke Kaunter Bahagian Pengurusan Akademik untuk mendapatkannya. Anda juga diingatkan bahawa kad KMJP hendaklah dibawa bersama semasa menduduki peperiksaan.
Pelajar yang gagal menunjukkan kad KMJP tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.

Sekiranya kad KMJP anda hilang, anda boleh mendapatkan salinan di kaunter Bahagian Pengurusan Akademik.
tinta hati admin: Semoga berjaya dalam peperiksaan kali ini... :)

Lawatan Ziarah Saudari Farah Suhada bt Abu Bakar

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Pagi khamis itu, Alhamdulillah cuaca cerah seperti merestui niat kami untuk melawat saudari Farah Suhada bt Abu Bakar, pelajar tahun tiga Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam yang menghidapi sakit usus. Rombongan dari UKM diwakili oleh wakil saudari Suriani bt Ding;Naib Presiden III PMUKM, saudara Mahfuzan Gaddafi Mahmud;MPP FPI, wakil dari PMFPI serta sahabat-sahabat saudari Farah Suhada. Seperti yang dirancang, bas UKM membawa kami dari foyer FPI dan terus menyusuri jalan ke Melaka pada pukul 10.50 pagi.

Rombongan kami sampai ke Hospital Melaka pada pukul 12.30 tengahari. Sehari sebelum perjalanan, saya dimaklumkan oleh Unit Kebajikan UKM, bahawa saudari Farah Suhada yang sebelum in berehat di rumah selepas pembedahan telah dimasukkan semula hospital. Saya hanya sempat menziarah saudari Farah Suhada sebentar kerana bilangan pelawat yang ramai. Sempat juga saya menyampaikan salam daripada saudari Suriani Ding yang kini berada di rumah kerana hal-hal keluarga.

Untuk makluman pembaca, saudari Farah Suhada telah melakukan pembedahan tempoh hari kerana masalah usus. Tetapi, beliau telah dimasukkan semula ke Hospital Melaka kerana berlaku jangkitan kuman. Saudari Farah Suhada juga telah berbincang dengan wakil dari Unit Kebajikan,UKM untuk menangguhkan pengajiannya. Kebetulannya pada hari itu, doktor yang merawat beliau telah membenarkan saudari Farah Suhada pulang ke rumah. Kemudian rombongan kami, bertolak pula ke rumah beliau atas jemputan keluarganya yang mengadakan doa selamat pada hari itu. Kira-kira sejam selepas itu, rombongan kami tiba di rumah saudari Farah Suhada yang terletak di Merlimau Melaka. Berpeluang juga saya untuk bertemu dengan keluarga beliau serta mengumpul maklumat peribadi beliau bagi tujuan pengisian borang zakat UKM. Rombongan kami kemudiannya bertolak pulang ke UKM dan tiba pada pukul 6 petang.

Marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan seorang lagi sahabat kita yang ditimpa musibah. Saya juga berharap semoga saudari Farah Suhada dapat sembuh sepenuhnya.

Yang benar,
Nurul bt Ahmad
Wakil SUK Suriani Ding

Gambar-gambar semasa di Hospital Melaka dan rumah kediaman saudari Farah Suhada


Renungan :

Baginda Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ketika seseorang ditimpa penderitaan (penyakit), maka Allah mengutus dua malaikat kepadanya. Allah berfirman: Dengarkanlah apa kata hamba-Ku ketika diziarahi oleh orang lain. Jika ia mengucapkan Alhamdulillah, maka Allah berfirman kepada dua malaikat, Sampaikanlah kepadanya, jika Aku mematikannya kerana penyakitnya, maka ia pasti masuk syurga, dan jika Aku sembuhkan, maka pasti daging dan darahnya akan Aku ganti dengan yang lebih baik daripada asalnya, serta Aku jadikannya penderitaan (penyakitnya) sebagai penebus dosanya." (Hadis riwayat al-Faqih)

Earth is OUR Responsibility...



VOTE EARTH
YOUR LIGHT SWITCH IS YOUR VOTE



This year, Earth Hour has been transformed into the world’s first global election, between Earth and global warming.
For the first time in history, people of all ages, nationalities, race and background have the opportunity to use their light switch as their vote – Switching off your lights is a vote for Earth, or leaving them on is a vote for global warming. WWF are urging the world to VOTE EARTH and reach the target of 1 billion votes, which will be presented to world leaders at the Global Climate Change Conference in Copenhagen 2009.
This meeting will determine official government policies to take action against global warming, which will replace the Kyoto Protocol. It is the chance for the people of the world to make their voice heard.Earth Hour began in Sydney in 2007, when 2.2 million homes and businesses switched off their lights for one hour. In 2008 the message had grown into a global sustainability movement, with 50 million people switching off their lights. Global landmarks such as the Golden Gate Bridge in San Francisco, Rome’s Colosseum, the Sydney Opera House and the Coca Cola billboard in Times Square all stood in darkness.In 2009, Earth Hour is being taken to the next level, with the goal of 1 billion people switching off their lights as part of a global vote. Unlike any election in history, it is not about what country you’re from, but instead, what planet you’re from. VOTE EARTH is a global call to action for every individual, every business, and every community. A call to stand up and take control over the future of our planet. Over 74 countries and territories have pledged their support to VOTE EARTH during Earth Hour 2009, and this number is growing everyday.We all have a vote, and every single vote counts. Together we can take control of the future of our planet, for future generations.VOTE EARTH by simply switching off your lights for one hour, and join the world for Earth Hour.Saturday, March 28, 8:30-9:30pm..

Thursday, March 19, 2009

Lawatan Ziarah Saudari Siti Noraini binti Abidin

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Usai sejam memandu dari Pusanika UKM, Alhamdulillah pada hari Selasa(17 Mac) yang lalu, Naib Presiden III PMUKM Suriani Binti Ding bersama dua setiausaha kerja beliau, telah diizinkan menziarahi saudari Siti Noraini Binti Abidin, mahasiswi Tahun 2 Kursus Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam di wad 6 (Ortopedik) Hospital Kuala Lumpur.

Saudari Siti Noraini yang berasal dari Sik , Kedah telah dimasukkan ke hospital pada 10 Mac 2009 yang lalu, kerana menghidap penyakit ketumbuhan di belakang tulang yang bermula di leher beliau. Ketumbuhan tersebut kini telah merebak ke bahagian paru-paru dan jantung beliau. Menurut pakar yang merawat saudari Siti Noraini, mereka akan melakukan pembedahan merawat ketumbuhan beliau setelah pemeriksaan MRI dilakukan. Bak kata pepatah melayu, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Begitulah keadaan kesihatan saudari Siti Noraini yang begitu meruntun hati kami, kerana beliau terpaksa menanggung kesakitan yang amat sangat di bahagian badannya terutamanya pada waktu malam. Walaupun begitu, kami kagum dengan kekuatan semangat saudari Siti Noraini yang masih lagi mampu untuk menguntum senyuman di kala berada dalam ujian yang berat ini..

Pertemuan singkat, di antara saudari Siti Noraini dan saudari Suriani tidak menghalang mereka untuk berkenalan dan berhubungan dengan lebit erat. Saudari Suriani juga, turut menuturkan kata-kata semangat dan doa agar Saudari Siti Noraini beransur pulih dan dapat meneruskan pengajian di UKM. Sempat juga, saudari Suriani menyerahkan sedikit buah tangan dan sumbangan terkumpul daripada mahasiswa UKM sebanyak RM 130 kepada saudari Siti Noraini.
Sehubungan dengan itu, pihak Naib Presiden III mengucapkan jutaan terima kasih kepada insan-insan yang sudi menghulurkan bantuan kewangan kepada saudari Siti Noraini dan marilah kita semua mendoakan agar beliau beransur pulih daripada penyakit yang dihadapinya...
Sekian, terima kasih

Nurul Jannah Binti Abdullah, Setiausaha Kerja kepada Naib Presiden III PMUKM.
Gambar - gambar yang diambil semasa sesi ziarah di HKL..

tinta hati Admin : Bersyukur dikurniakan tubuh badan yang sihat untuk terus menuntut ilmu :)