Friday, April 24, 2009

LAWATAN KE PUSAT LATIHAN PERINDUSTRIAN DAN PEMULIHAN ( PLPP) BANGI



Assalamualaikum w.t.w dan salam sejahtera,

Pada 23 April 2009 ( Khamis ) bersamaan 27 RabiulAkhir 1430, telah diadakan lawatan ke Pusat Perindustrian dan Pemulihan ( PLPP ) Bangi. Kawasan seluas 10.508 hektar ini merupakan pusat latihan kepada golongan OKU yang cacat anggota. Dibina pada tahun 1982 dan dirasmikan pada 26 Julai 2006, oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, kini telah menempatkan seramai 75 orang OKU. Lawatan ini telah disertai oleh Saudari Suriani bersama setiausaha beliau, serta wakil-wakil ketua jabatan seperti wakil dari Unit Kebajikan, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, Unit Perumahan dan Jabatan Pembangunan Prasarana.

Objektif utama lawatan ini adalah untuk melihat kemudahan dan fasiliti yang terdapat di PLPP ini. Kita semua sedia maklum, bahawa kemudahan dan fasiliti untuk golongan OKU di UKM berada di tahap yang sangat tidak memuaskan. Hal ini juga merupakan antara salah satu manifesto Saudari Suriani, iaitu berusaha agar disediakan kemudahan dan fasiliti untuk golongan OKU.

Lawatan yang bermula pada pukul 9.00 pagi ini, berakhir pada pukul 1.00 petang. Menurut Saudari Suriani, lawatan ini telah banyak membuka mata dan minda semua pihak yang hadir pada lawatan tersebut. Sebagai MPP, Saudari Suriani akan berusaha untuk memperjuangkan hak OKU di UKM. Golongan ini perlu disediakan kemudahan asas di mana jua mereka berada. Dan jangan sesekali kita menafikan hak golongan OKU!.

Pusat yang mempunyai kemudahan dan fasiliti terbaik di Malaysia ini, wajar dijadikan role-model kepada UKM, untuk memastikan kampus yang tercinta ini sama-sama membantu sahabat-sahabat kita ini. Saudari Suriani pada ketika ini telahpun mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak berkenaan di UKM, dalam memastikan usaha ini dapat dicapai.Bersama-samalah kita mendoakan agar usaha ini akan membuahkan hasilnya, demi membantu sahabat-sahabat kita yang kurang bernasib baik ini. Berikut disertakan gambar kemudahan dan fasiliti di PLPP untuk tatapan umum.


Alat ini digunakan untuk membantu mereka yang berkerusi roda, naik ke tingkat atas atau turun ke tingkat bawah. ( bertangga ).
p/s :Pusanika boleh mengaplikasikan alat ini.


En. Mustafa juga sempat untuk menguji alat ini, yang ternyata kukuh dan selamat.



Alat ini turut mempunyai kerusi, untuk memudahkan pengunanya duduk.




Tandas yang mesra OKU




Bas yang menggunakan kuasa Hidraulik ini, memudahkan golongan OKU yang berkerusi roda untuk menaiki ke bas.

p/s : UUM pun telah menyediakan van berkuasa Hidraulik untuk memudahkan pelajar-pelajar OKUnya menaiki bas. UKM bila lagi????
Ayuh!!!!kita bangkit menyuarakan hak kita.
Tidak ada alasan, sekiranya kita menginginkan sesuatu.
Berusahalah dalam mencapainya.


tinta hati admin : "Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal". Saidina Ali Bin Abi Thalib

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.