Thursday, August 27, 2009

SALAM TAKZIAH


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Perpaduan,

Dukacita dimaklumkan bahawa YB. Prof. Senator Datuk Dr. Ismail Salleh ,bekas Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, UKM telah kembali ke Rahmatullah pada jam 3.50 pagi, 27 Ogos 2009. Jenazah masih berada di Singapura dan akan sampai ke rumahnya pada petang ini di Lot 7140, Jalan Melati 2, Sg Kantan, Kajang.

Allahyarham merupakan wakil OKU yang pertama dilantik sebagai Senator pada Disember 2007. Allahyarham juga memegang jawatan sebagai Naib Canselor Kolej Universiti Antarabangsa Twintech dan ahli Jawatankuasa Badan Bertindak Kebangsaan, Jabatan Perdana Menteri.

Selain itu, tokoh akademik dan ekonomi ini mencipta rekod di dalam Guinness Books of Worlds Records sebagai insan cacat penglihatan yang pertama di dunia untuk mendapat ijazah doktor falsafah.. Sesungguhnya negara kehilangan seorang tokoh yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara.

Bersama-samalah kita menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.