Sunday, January 10, 2010

Selamat Hari Lahir Saudari Siti Nur' Aqilah Abdul Malek

Hari Lahir seorang sahabat kita iaitu Siti Nur' Aqilah Abdul Malek atau lebih mesra dikenali sebagai qila atau qiqi kepada sesetengah pihak jatuh pada 7 Januari ini. Barisan sahabat famili mengucapkan Selamat Hari Jadi Qilah yang ke-22 dan mendoakan agar beliau dipanjangkan umor dan dimurahkan rezeki setiap masa..

Kami tidak dapat menyambut Hari Jadi sahabat kita bersama-sama tahun ini kerana beliau sedang menjalani praktikum di Hospital KPJ Selangor, Shah Alam pada masa ini. Saudari Qila merupakan antara adik yang paling 'happening' dalam keluarga famili kita dan ketiadaan beliau memang terasa ketika ini namun kami masih menantikan-nantikan ketibaan beliau semula ke kampus UKM yang indah permai ini..

Pejabat famili berharap beliau berjaya dalam perjuangan beliau dan sentiasa mendoakan kebahagian beliau di dunia dan akhirat. Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada qila kerana setia bersama-sama barisan sahabat famili kita..Semoge persahabatan ini berkekalan selagi hayat dikandung badan kita semua..

SAYANG QILAH!!!!!

Ikhlas dari Abe Kumar, Kak Sue, Kak Ain, Juju, Deeha, K.R, Achik, Anim, Zai dan Che Kiah..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.